Jumaat, 15 Januari 2016

Datuk Vida mahu perlawanan persahabatan dengan JDT

Ketika Majlis Menandatangani Kontrak Penajaan Pasukan Liga Super Kelantan musim 2016, di Bangunan MARA, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur sebentar tadi, pengasas produk kecantikkan yang menaja pasukan The Red Warrior, Datuk Seri Vida meminta agar KAFA mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang pasukan JDT sebelum liga bermula.

Datuk Seri Vida berkata beliau memilih JDT kerana pasukan itu antara terkuat di Malaysia ketika ini. "Kita nak tunggu perlawanan sebenar lambat lagi, apa kata kita uji itu Pamoga Qu Puteh TRW sebelum bermula musim 2016 dengan JDT.

"Saya nak lihat macam mana dengan prestasi pemain, tak sabar dah. Kalau boleh biar saya tiup wisel lawan JDT nanti," katanya yang turut disambut sorakan penyokong yang hadir. Mengulas hasrat Hasmiza, Annuar berkata, hasrat itu adalah kehendak peminat yang mahu menyaksikan pertemuan dua pasukan paling kreatif di Malaysia.

Menurutnya, beliau akan cuba sembah maklum kepada Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dengan hasrat tersebut. "Tidak mustahil sebelum mula musim baru kita pertemukan kedua-dua pasukan demi permintaan penyokong.

"Terpulang kepada beliau dan TMJ seorang yang begitu teruja dengan idea-idea untuk memajukan industri bola sepak. "Kita mengkagumi usaha-usaha yang dilakukan telah menampakkan hasilnya dan kita harap apa yang dibuat oleh kita dan JDT akan turut dibuat oleh pasukan lain," katanya.

Sumber : fb Penyokong Setia Johor

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget