Jumaat, 15 Januari 2016

Lesen akan ditarik jika tidak bayar gaji

Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) Kevin Ramalingam mengesahkan pasukan bertanding di Liga M akan dipotong mata dan ditarik balik lesen sekiranya masalah bayar gaji berlaku.

Sekiranya didapati terdapat pasukan berdepan masalah gaji, langkah pertama dikenakan adalah pemotongan mata dan sekiranya masalah tersebut berlanjutan ia mungkin menyebabkan pembatalan lesen.

Difahamkan, FMLLP akan mengadakan perjumpaan bersama pasukan yang mempunyai masalah pembayaran gaji minggu depan.

Walaubagaimanapun, Kevin enggan mendedahkan pasukan manakah yang sedang berdepan permasalahan itu.

Pasukan yang ditarik balik lesen tidak akan dapat bertanding pada musim depan.

Sementara itu, Kevin melihat penajaan syarikat kosmetik yang melanda bola sepak Malaysia ketika ini merupakan satu tanda positif namun pasukan perlu memberikan komitmen dengan syarat-syarat ditetapkan.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget