Khamis, 7 Januari 2016

Merah jambu tuah TRW?

Ada apa dengan warna merah jambu? Mungkin rahsia kejayaan The Red Warriors.

Itu yang dirasakan Dr Norhisham Wahab yang terkenal dengan kaedah rawatan alternatif dan aura warna.

Menurut Norhisham, warna merah jambu sebenarnya membawa aura dan tenaga positif yang istimewa.
"Warna merah jambu adalah simbolik yang melengkapkan kombinasi unsur positif yang memang ada dalam diri setiap individu.

"Warna ini adalah warna pembawa tuah, rezeki dan bersifat silaturrahim dalam kehidupan kita," katanya.

Minggu lalu media melaporkan kesediaan Datuk Seri Vida menaja pasukan Kelantan - yang berdepan masalah tajaan - dalam persaingan liga bola sepak tempatan.

Bagaimanapun, pengasas produk Qu Puteh itumeletakkan syarat khususiaitu Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bersetuju menukar warna Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu menjadi merah jambu.

Vida juga mahu nama pasukan Kelantan dikenali sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

Mengulas mengenai syarat itu, Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya belum membuat sebarang keputusanmuktamad mengenai cadangan Vida Beauty Sdn Bhd itu.

Kelantan yang pernah gah dengan kehebatan pemainnya dalam kancah liga tempatan amat sinonim dengan warna merah - sama seperti bendera negeri itu.

Warna paling berpengaruh

Norhisham berkata, setiap warna mempunyai pengaruh kepada seseorang dan ia boleh menjadi pelengkap kepada kekuatan sedia ada dalam skuad Kelantan.

"Setiap pemain dan pasukan memang sudah ada stamina, kemahiran dan aspek taktikal tersendiri.

"Kemudian unsur warna - dalam hal ini merah jambu - dapat melahirkan unsur seni, kreativiti dan visi lebih jelas kepada pemain.

"Ia akan mendorong kemantapan aura kebersamaan atau kasih sayang antara pemain.

"Dengan kewujudan unsur seni, mereka akan lebih bersatu dalam setiap tindakan," katanya.

Beliau yang juga pengasas Colour Vibration Therapy Sdn Bhd berkata, warna merah jambu adalah warna yang paling berpengaruh dalam kehidupan seseorang.

"Keadaan itu tidak kira sama ada kita sedar atau tidak, ia begitu berpengaruh dan merangsang banyak idea," jelas dengan menghuraikan aspek gelombang warna dalam diri setiap individu.

Sementara itu seorang lagi ahli bidang tersebut, Dr Mir Hazil Azran Ramli memberi gambaran, warna merah jambu dihasilkan melalui campuran warna merah dan putih.

Katanya, merah jambu terbahagi kepada pembahagian kategori bergantung kepada warna mana lebih mendominasi, iaitu merah atau putih.

"Ia mempengaruhi gelombang yang dipancarkan dari warna berkenaan," katanya.

Menurtu Mir Hazil, merah adalah warna yang mempunyai gelombang paling tinggi berbanding putih bersifat paling rendah.

"Jadi kombinasi kedua-dua warna itu pada asasnya melahirkan sifat keseimbangan.

"Jika merah jambu itu lebih dipengaruhi putih, ia akan bersifat feminin, sebaliknya jika merah mendominasi, ia melahirkan unsur maskulin," katanya.


Sumber : malaysiakini

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget