Khamis, 7 Januari 2016

Penajaan Que Puteh hampir pasti

Pengasas Qu Puteh Datuk Seri Vida akui penajaan keatas Kelantan hampir pasti menjadi kenyataan.

Datuk Seri Vida difahamkan tiada masalah untuk menaja sebanyak RM 16juta (RM 8juta semusim) kerana mahu melihat The Red Warrior kembali menguasai Liga Malaysia.

Walaubagaimanapun, pengasas Qu Puteh itu menegaskan mahu penajaannya menyuntik semangat baru dan tidak mahu melihat Kelantan kekal diparas sama.

"Bagi saya permintaan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tiada masalah (RM 16juta) tetapi mereka perlu memberi ruang kepada saya untuk melakukan sesuatu yang positif kepada pasukan," jelasnya.

Sebelum ini, Datuk Seri Vida difahamkan meletakkan dua syarat yang harus dipersetujui KAFA iaitu warna Stadium Sultan Muhammad IV ditukar ke merah jambu dan nama The Red warriors diubah kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

Sumber : bharian

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget