Khamis, 7 Januari 2016

JDT bersiap sedia untuk Liga Juara-juara AFC

Johor Darul Ta'zim mempunyai masa kira-kira sebulan sebelum perlawanan playoff awal Liga Juara-Juara AFC menentang naib juara liga Thailand, Muangthong United di Stadium Yamaha, Nonthaburi.

Skuad Harimau Selatan akan berangkat ke Thailand pada 16 Januari untuk menghadapi perlawanan pra-musim menentang Chonburi FC dan satu lagi pasukan yang masih belum dimuktamadkan.

“Kelab kedua dari Thailand itu juga pasukan berkualiti. Perlawanan itu penting kerana kami juga mahu menyesuaikan diri dengan corak permainan lawan dari Thailand kerana akan berdepan Muang Thong United FC pada saingan Kelayakan ACL.

“Apapun, saya gembira kerana semua pemain yang hadir pada sesi latihan pertama bebas kecederaan. Latihan yang saya kendalikan itu mengikut modul ditetapkan Mario,” kata penolong jurulatih JDT, Ismail Ibrahim.

Perlawanan playoff pula akan berlangsung pada 2 Februari dan jika skuad kendalian Mario Gomez melepasi cabraran itu, JDT akan berkunjung ke tempat Shanghai SIPG dari China pada 9 Februari bagi perlawanan penentuan ke Liga Juara-Juara AFC.

Namun sekiranya JDT gagal melayakkan diri ke saingan ACL 2016, juara Piala AFC itu akan memulakan misi mempertahankan takhta mereka dalam edisi 2016.

Kali ini, barisan JDT akan diperkuatkan oleh Paulo Rangel, Azamuddin Akil, Mohd Akram Mahinan dan Mohd Azinee Taib bersama Jorge Pereyra Diaz yang kembali bersama skuad Harimau Selatan.

Sumber : hmetro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget