Jumaat, 29 Januari 2016

Kontrak Syahrul Azwari bersama Sarawak terbatal

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung status pemain Syahrul Azwari Ibrahim telah dikeluarkan hari ini.

Dalam kenyataan tersebut Jawatankuasa Status FAM memutuskan bahawa kontrak Sarawak FA bersama pemain, Syahrul Azwari Ibrahim terbatal kerana tidak mengikut tatacara yang ditetapkan.

Jawatankuasa tersebut turut memutuskan bahawa Syahrul Azwari Ibrahim wajib kembali ke pasukan Kelantan kerana aktiviti bolasepaknya bermula di sana.

Jawatankuasa juga mengarahkan Syahrul Azwari dan Kelantan FA untuk berbincang dalam masa 7 hari dari tarikh terma keputusan diterima sekiranya khidmat pemain tersebut masih diperlukan Kelantan FA.

Namun, Sarawak FA boleh mengadakan perbincangan dengan Kelantan FA dalam masa 7 hari dari tarikh terma keputusan diterima jika masih berhasrat mendapatkan khidmat Syahrul Azwari.

Sumber : FAM

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget