Isnin, 11 Januari 2016

Kerajaan negeri setuju stadium dicat merah jambu

Kota Bharu: Kerajaan Negeri bersetuju untuk mengecat Stadium Sultan Muhammad IV dengan warna merah jambu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Ab Fattah Mahmood berkata, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang diwakili Presidennya, Tan Sri Annuar Musa sudah mengemukakan surat untuk menukar warna cat itu hari ini.

Katanya, kerajaan negeri masih menunggu surat daripada Pengasas Vida Beauty Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman berhubung pelan stadium.

"Kita mahu lihat pelan yang dimahukan Dr Vida kerana perlawanan bola sepak akan berlangsung dalam tempoh tiga minggu lagi. Jadi kita perlu cepat memulakan kerja.

"Stadium ini juga akan dibuat beberapa bahagian iaitu laluan khas bagi lelaki, wanita dan keluarga untuk memberi keselesaan kepada mereka untuk melihat perlawanan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pertemuan di antara Presiden KAFA dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, di Kompleks Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Sumber : hmetro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget