Ahad, 3 Januari 2016

Kelab penyokong kesal FAS gugur Mehmet

Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC) kesal dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) berhubung penyingkiran Mehmet Durakovic sebagai jurulatih dan  menganggap ia sebagai satu pembaziran.

Zainal Abidin Hassan diumum secara rasmi sebagai jurulatih baru pasukan Selangor oleh pengurus pasukan itu Amirudin Shari Khamis lalu.

Bekas jurulatih Pahang itu menggantikan Durakovic yang 'dipaksa' meninggalkan gergasi Merah Kuning walaupun punya baki kontrak setahun.

Situasi itu jelas tidak disenangi penyokong Selangor apabila persatuan itu turut dikatakan perlu menebus kontrak Durakovic bernilai jutaan ringgit.

"Mehmet telah berikan kejayaan Piala Malaysia dan menamatkan kemarau 10 tahun tanpa piala, menamatkan kontrak jurulatih itu merupakan keputusan yang tidak tepat," kata Ikmal Hisham, Timbalan Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor.

"Kita berbangga untuk mendapatkan anak jati Selangor seperti Zainal Abidin kembali bersama The Red Giants namun ia bukan masa yang tepat menggantikan Mehmet," jelas Zaharin Maman.

Apa yang pasti, Zainal berdepan tugas berat untuk memastikan skuad Red Giants mengekalkan Piala Malaysia atau paling tidak menghadiahkan satu piala musim 2016.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget