Isnin, 4 Januari 2016

Datuk Vida terpanggil bantu TRW

KOTA BHARU: Pengasas Vida Beauty Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Vida berkata beliau terpanggil untuk menyelamatkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang kini berhadapan krisis kewangan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat permintaan daripada penyokong Kelantan untuk membantu badan induk bola sepak negeri berkenaan.

"Saya akui KAFA pernah mempelawa saya untuk menjadi penaja sejak tiga tahun kebelakangan ini, tetapi saya belum bersedia kerana ketika itu saya sedang memberi tumpuan dalam dunia perniagaan.

"Namun, selepas memperoleh kejayaan dan mendapat permintaan penyokong Kelantan, saya rasa terpanggil untuk membantu KAFA keluar daripada masalah berkenaan.

"Pada masa sama, saya juga mahu jadikan Kelantan sebagai model pertama dalam bidang sukan kerana sebelum ini sudah terbukti kejayaan Vida Beauty dalam dunia hiburan selepas menjadi penaja dalam program televisyen seperti Gegar Vaganza, Qu Puteh Bintang Mencari Bintang serta Anugerah Juara Lagu.

"Jadi, mungkin menerusi suntikan tajaan ini, Kelantan akan mengalami kejayaan sama, tambahan pula saya juga berasal dari negeri ini. Tidak salah juga saya mahu bantu memajukan negeri kelahiran saya sendiri," katanya.

Sumber : bharian

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget