Isnin, 4 Januari 2016

Pemain import baru perkasa skuad Pahang 2016

Pahang percaya kehadiran tiga pemain import mereka dapat membantu memperkasakan skuad Tok Gajah biarpun baharu bergandingan dengan pemain muda yang kurang berpengalaman dalam saingan Liga Malaysia (liga M) musim ini.

Dengan pengalaman beraksi di Liga Eropah, German Ezequiel Pacheco dari Argentina dan Felipe Alves (Brazil), masing-masing beraksi di bahagian serangan manakala pertahanan Slovenia, Nejc Potokar (pertahanan), mampu memberi impak kepada Pahang.

Berdasarkan pengalaman, Pacheco, 24, pemain kelahiran Buenos Aires itu beraksi di Liga Sepanyol bersama kelab Cordoba manakala Felipe Alves, 28, pula bersama kelab FK Vardar dalam saingan Liga Macedonia.

Nejc Potokar, 27, yang ketinggian 1.89 meter beraksi dengan NK Slaven Belupo dari Liga Croatia yang diharap membantu mengukuhkan jentera pertahanan dengan bergandingan bersama Zesh Rehman.

Ia sekali gus mengesahkan khidmat Dickson Nwakaeme, Matias Conti dan Damion Stewart tidak diperlukan lagi bersama skuad Tok Gajah musim ini.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pahang FC Sdn Bhd, Fahrizal Hasan berkata, pengalaman yang dimiliki ketiga-tiga pemain import itu diharap membantu Pahang mencipta kejayaan bermakna mereka.

“Saya percaya kehadiran tiga pemain import baharu ini serta Rehman akan menguatkan lagi jentera pasukan dengan gabungan pemain sedia ada terutama pemain muda.

“Dengan pilihan terbaik ini dan bimbingan Ahmad Shaharuddin Rosdi, kita mengharapkan keputusan positif diraih,” katanya hari ini.

Sumber : 90minit

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget