Ahad, 3 Januari 2016

Kami akan cuba yang terbaik

Demikian pandangan pemain ATM, Venice Elphi menjelang persiapan pasukannya untuk hadapi aksi playoff Liga Super menentang T-Team penghujung Januari ini.

Kemelut yang melanda skuad The Gladiators pada musim 2015 menyaksikan mereka berdepan kesukaran untuk bentuk satu pasukan mantap tahun ini.

Begitupun Venice tidak mahu melihat perkara ini sebagai alasan apatah lagi pemain-pemain harus sedar mereka punyai tanggungjawab untuk dilaksanakan.

"Semua pun saya rasa dah tahu keadaan ATM sekarang ini tapi kami atas dasar tanggungjawab kepada pasukan, kami akan cuba yang terbaik menghadapi T-Team dalam playoff ini nanti.

Keadaan pasukan ini sekarang ini serba kekurangan tetapi itu bukan alasan untuk kami tidak bermain ataupun cuba tarik diri tetapi kami tetap yakin kami mampu berhadapan dengan T-Team pada playoff nanti," katanya.

Ketiadaan beberapa tonggak utama yang berhijrah ke pasukan lain turut menyaksikan Venice kini menjadi inspirasi buat pemain-pemain baru dalam pasukan.

Dia dianggap pemain paling senior apabila sudah bersama pasukan ini sejak tahun 2008.

Nyata pemain kelahiran Kuching, Sarawak yang berpangkat sarjan ini mahu berkongsi pengalamannya bagi membantu rakan sepasukan yang lain.

"Ini juga antara tugas-tugas berat akan kami hadapi dan juga jurulatih-jurulatih yang ada sekarang ini untuk menghadapi T-Team. Iyalah.

Kita tahu pemain yang diturunkan nanti kebanyakkan mereka merupakan anggota, kebanyakan mereka juga kurang pengalaman tetapi dalam masa tak sampai lagi sebulan ini kami akan cuba lakukan yang sebaik mungkin dan apa yang terdaya kerana ini sahaja yang kami ada," jelasnya.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget