Menerusi kerjasama dengan TiketBola ini, KFA dan PAFA akan menggunakan sistem penebusan tiket manakala PBSNT pula sistem tanpa tiket.
TiketBola adalah sistem yang boleh diakses melalui komputer atau tablet untuk pihak persatuan mengesahkan pembelian tiket dalam talian di kaunter khas penebusan tiket.
Bagi penebusan tanpa tiket pula, pihak TiketBola menyediakan peranti pengimbas tangan bersama aplikasi imbasan untuk pihak persatuan gunakan bagi mengimbas kod QR pada slip tempahan pembeli tiket dalam talian.
Pembeli tiket dalam talian hanya perlu menunjukkan kod QR di telefon bimbit di pintu masuk stadium.
Aplikasi baru ini adalah penambahbaikan penjualan tiket dalam talian yang sudah digunakan tahun lalu oleh KFA, PAFA dan PBSNT.
CEO Tiketbola Ahmad Faisal Hafiz Abd Karim (kiri) bersama Setiausaha Kerja PBSNT Abdullah Salleh pada majlis pelancaran. |
Sumber : hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan