Ujarnya, kedua penyerang import, Patrick Ronaldinho Wleh dan Mauro Olivi memiliki keistimewaan masing-masing tetapi belum mendapat keserasian dan persefahaman bersama.
“Mereka sentiasa berusaha melakukan yang terbaik dan kita dapat lihat kedua pemain ini telah menjalankan tugas dengan baik sebagai satu pasukan dan kedua-duanya menjaringkan gol pada malam ini.
"Kita percaya mereka mampu beraksi lebih baik selepas ini dan jaringan yang terhasil pada malam ini amat penting,” jelasnya ketika diminta mengulas perlawanan menentang Kuala Lumpur di Stadium Selayang, malam kelmarin yang berkesudahan kemenangan kepada Selangor 2-1.
Bekas pengendali Pahang ini turut berterima kasih kepada Kuala Lumpur yang dibimbing Ismail Zakaria kerana memberi tentangan hebat kepada pasukannya.
“Terima kasih kepada Kuala Lumpur. Saya rasa inilah tahap permainan yang harus kami perolehi sebagai persiapan menjelang saingan Liga Super musim ini.
“Dengan tahap permainan yang begitu tinggi pada malam ini, alhamdulillah pemain-pemain Selangor berjaya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan.
“Jadi di sini kita dapat melihat sebenarnya apa yang kita berlatih. Tapi masih ada sedikit sebanyak yang perlu diperbaiki sebelum saingan Liga Super bermula," katanya.
Biarpun beraksi 10 pemain sepanjang babak kedua, Kuala Lumpur kendalian Ismail Zakaria berjaya mendahului menerusi Anselmo Arruda Da Silva pada minit ke-49.
Namun Selangor berjaya bangkit membalas dua gol menerusi Mauro Olivi pada minit ke-52 dan Patrick Ronaldinho Wleh, minit ke-72 untuk kemenangan 2-1.
Sumber : sinar harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan