Pertemuan ini terpaksa dilangsungkan berikutan ketiadaan wakil Singapura, Lions XII musim ini.
Mengulas mengenai persiapan pasukannya, Rahmad optimis mereka mampu mengulangi persembahan seperti yang dipamerkan ketika saingan pra-musim tempoh hari.
Skuad berstatus kelab ini dijangka mempertaruhkan Tomislav Busic di bahagian serangan disamping kelibat kapten skuad kebangsaan Nepal, Rohit Chand untuk menjana bahagian tengah.
"Setakat ini hanya tinggal mengekalkan apa-apa yang sudah dibuat, kita sudah bersedia dan berharap rakaman yang ditonton pemain semasa pra-musim boleh diterjemahkan pada 30 haribulan nanti," katanya.
Dalam pada itu, Rahmad mengakui tidak banyak yang diketahui mengenai potensi lawan mereka. Meskipun sudah meneliti beberapa aksi skuad Tentera musim lalu, beliau tidak menafikan bakal berdepan satu pasukan berbeza Sabtu ini.
"Yang pasti saya ada menonton beberapa perlawanan ATM pada tahun lepas tapi saya pun tidak pasti apa persiapan pemain yang cergas setakat ini. Siapa pemain-pemain yang telah berhijrah tapi saya tetap berwaspada.
"ATM adalah pasukan yang kuat kerana bermain di Liga Super sementara T-Team di Liga Perdana."
Sumber : stadiumastro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan