Selasa, 12 Januari 2016

Import terbaru T-Team pemain bintang Nepal

Pemain import T-Team, Rohit Chand yang hadir dengan reputasi tinggi cipta sejarah tersendiri apabila muncul bintang pertama Nepal mewarnai kancah Liga Malaysia.

Walaupun negaranya bukan sebuah kuasa besar bola sepak, Nepal boleh berbangga dengan Rohit Chand yang pernah tarik perhatian beberapa kelab Eropah seperti Arsenal dan Tottenham.

Namun, atas masalah visa yang ketat di United Kingdom, maka Rohit yang berusia 18 tahun pada waktu itu terpaksa lupakan hasratnya.

Merupakan bintang bola sepak paling berjaya di Nepal, Rohit pernah timba pengalaman beraksi di India dan Indonesia sebelum ke negara ini.

"Pada usia muda, saya mendapat tawaran meneyrtai sesi latihan bersama Arsenal namun saya tidak mendapat kelulusan visa. Kemudian saya bermain di India, Indonesia dan Denmark," kata Rohit.

Sentiasa ikuti perkembangan bola sepak Malaysia sejak bermain di negara jiran, Rohit gembira akhirnya dapat ke sini.

Malahan, rakannya dari Maldives, Ali Ashfaq, yang beraksi dengan PDRM banyak ceritakan mengenai Malaysia kepadanya.

"Saya pernah bermain di Liga Indonesia jadi saya tahu sedikit tentang Liga Malaysia juga.

"Selain itu, saya sentiassa mengikuti perkembangan kawan saya iaitu Ali Ashfaq yang beraksi dengan PDRM. Kemudian T-Team buat tawaran untuk saya, saya setuju" tambahnya.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget