Selasa, 12 Januari 2016

PDRM gugur penjaring terbanyak Liga Super 2015

Mengenai soal kontrak penjaring terbanyak Liga Super 2015 Dramane Traore tidak disambungkan, pengendali PDRM Fauzi Pilus menerangkan keputusan itu dibuat pihak pengurusan demi memperbaiki kualiti skuad secara keseluruhan.

Traore membantu skuad The Cops meraih tempat ke-6 ketika menjaringkan 20 gol musim lepas, sekali gus menerima anugerah kasut emas pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015 pada 18 Disember lalu.

"Secara peribadi saya berpendapat mungkin pengguguran Traore adalah untuk PDRM melakukan pembaharuan dalam pasukan bagi menghadapi saingan musim depan.

"Ramai pemain musim ini dilepaskan dan yang tinggal hanya beberapa pemain sahaja termasuk Lot Abu Hassan dan Ashfaq Ali. Boleh dikatakan hampir 90 peratus pasukan PDRM musim depan berubah dan ia satu cabaran untuk kami," katanya kepada pemberita Berita Harian.

PDRM hanya mengekalkan pemain import, Ali Ashfaq daripada skuad tahun lepas namun The Cops telah diperkuatkan oleh kehadiran bekas perancang Johor Darul Ta'zim II (JDT II) Andrezinho, pertahanan LionsXII Safuwan Baharuddin dan pertahanan antarabangsa Mali, Souleymane Konate.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget