Selasa, 12 Januari 2016

Kesebelasan utama Selangor jadi cabaran Khyril Muhymeen

Pemain tengah Selangor. Khyril Muhymeen Zambri akui cabaran merebut kesebelasan utama Selangor adalah yang paling berat sepanjang 11 tahun bergelar pemain profesional.

Kesukaran Khyril terarah kepada pilihan Selangor yang nampaknya banyak miliki pemain tengah berkualiti.

Justeru hal ini jadi perkara penting buat Khyril yang tidak miliki pilihan lain selain merebut kedudukan dalam keadaan dia tidak hadir ke Selangor dengan kredibiliti cemerlang.

"Paling sengit untuk berada dalam Selangor kerana saya tidak pernah melalui persaingan sehebat ini kerana ada Andik, Hafiz, Gopi dan Nazmi.

"Tetapi saya yakin persaingan ini akan membantu saya mengekalkan prestasi yang terbaik untuk skuad saya," kata Khyril.

Perkara ini turut di kuatkan jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan yang mahu setiap pemain bersedia mengikut perancangan dalam setiap perlawanan.

Dalam masa yang sama Zainal turut menunggu perkembangan 2 pemain membabitkan Azidan Sarudin dan Rozaimi Abdul Rahman yang berada di bawah pemantauan doktor ekoran kecederaan masing masing.

"Mereka mempunyai hasrat besar untuk mewakili Selangor jadi setiap pemain akan berlawan untuk tempat masing-masing. Kami akan pilih pemain yang paling menyerlah dan cergas," kata Zainal.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget