Menurut sumber yang rapat dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), JDT paling awal memenuhi syarat pelesenan ditetapkan FAM dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) itu kerana sudah layak secara automatik selaku juara Piala AFC tahun lalu.
"Mungkin sebelum ini Liga Juara-Juara Asia dirasakan di luar jangkaan pasukan tempatan, malahan untuk menjadi juara Piala AFC pun sukar," kata sumber berkenaan. "Tetapi JDT membuktikan mereka bukan sekadar jaguh di liga tempatan dengan menembusi benteng Asia, dan kini perlu bersedia untuk berada dalam kalangan juara-juara Asia.
"Jadi tidak hairanlah jika JDT perlu memastikan mereka memenuhi setiap syarat ditetapkan. Sudah pasti selepas ini pasukan lain yang layak bertanding di dalam Piala AFC dan mampu menjuarainya akan berusaha untuk mengikut jejak JDT."
Ketua Pegawai Eksekutif Usaha Sama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam mengatakan yang hanya JDT mematuhi syarat pelesenan yang ditetapkan FAM dan AFC untuk menyertai Liga Juara-Juara Asia.
FMLLP menetapkan sehingga akhir tahun ini untuk baki 23 pasukan tempatan lain memenuhi syarat-syarat pelesenan itu, sekiranya mahu menanam impian beraksi di pentas bola sepak tertinggi Asia berkenaan.
Sumber : bharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan