Menurutnya, meskipun tindakan itu melibatkan keputusan perniagaan, namun beliau menganggapnya sangat positif untuk sukan negara.
"Tapi yang penting adalah saya sangat kagum dengan tindakan itu. Ini satu tindakan yang berani.
"Saya ucapkan terima kasih kepada beliau kerana percaya kepada sukan tempatan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda Umno di sini, hari ini.
Sebelum ini, Hasmiza yang lebih dikenali dengan nama Dr Vida itu mengesahkan menaja TRW sebanyak RM20 juta.
Dalam pada itu, Khairy berharap banyak lagi syarikat tempatan akan mencontohi Dr Vida bukan hanya tertumpu kepada liga antarabangsa.
"Saya harap selepas ini banyak lagi syarikat yang akan mengejar untuk memberi penajaan kepada bukan hanya bola sepak tetapi sukan-sukan lain.
"Saya tahu bola sepak ada pulangan yang besar tapi lihat juga pada sukan-sukan yang lain,
"Sebab selalunya kita lihat banyak penajaan yang dibuat untuk liga antarabangsa. Kalau iklan-iklan untuk perlawanan EPL, banyak syarikat tempatan yang buat penajaan tapi sekarang ini dia (Vida) nampak ada nilai pada liga tempatan. Bagus," katanya.
Antara syarat yang dikenakan Dr Vida adalah menukar warna Stadium Sultan Muhammad ke-IV diubah daripada Merah-Putih kepada Merah Jambu-Putih serta menukar nama TRW)kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.
Sumber : sinar harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan