Namun, kelab penyokong pasukan bola sepak Kelantan itu sedikit terkilan dengan penukaran nama pasukan kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.
Jurucakap Ultras Kelantan berkata, tindakan menukar nama pasukan perlu dikaji semula kerana tidak sesuai.
Ini kerana, katanya, tempoh kontrak yang ditandatangani pengasas Vida Beauty Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Vida hanyalah dua tahun sahaja.
“Bagi kami Ultras Kelantan mengenai stadium dan jersi ditukar kepada merah jambu itu tidak ada masalah, tetapi penukaran nama pasukan membuat kami rasa sedikit terkilan.
“Kontrak Qu Puteh hanyalah dua tahun sahaja, bagaimana sekiranya Qu Puteh tidak lagi menaja Kelantan, adakah nama pasukan akan ditukar lagi?
“Kami tidak mempunyai niat untuk membantah usaha yang dilakukan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Datuk Vida tetapi ingin mencadangkan supaya pertukaran nama pasukan dikaji semula. Bgaimanapun kami tetap menyokong pasukan Kelantan,” katanya.
Pandangan berbeza dibuat Presiden Kelab Penyokong The Red Warriors (TRW) Kota Bharu, Zainy Mohamad Zain yang menerima dengan hati terbuka syarat yang ditetapkan Datuk Vida itu kerana penaja mempunyai hak.
“Memang tak boleh nafi maruah Kelantan sedikit tercalar kerana ditukar nama, tetapi kita kena akur dengan permintaan penaja ditambah pula dengan keadaan kewangan KAFA yang terhad demi kebaikan dan pembangunan pasukan yang merosot dua tahun lepas,” katanya.
Dia juga bersetuju dengan cadangan sesetengah pihak supaya KAFA menyediakan tempat duduk dan kaunter tiket khas bagi wanita untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.
Sumber : freemalaysiatoday
Tiada ulasan:
Catat Ulasan