Menurut Fauzi, beberapa pemain sedang diuji barisan kejurulatihan dan pengurusan PDRM untuk melihat perwatakan mereka selaku pemimpin di atas padang.
Tahun lepas, lilitan kapten jadi tanggungjawab Muslim Ahmad sebelum Afif Amiruddin diberi tugas berkenaan pada pertengahan musim.
Antara calon yang jadi pilihan Fauzi termasuklah Faizal Muhammad, Lot Abu Hassan serta dua tonggak import, Ali Ashfaq dan Andrezinho.
"Masih lagi dibincangkan, kita belum ada kata putus lagi siapa yang betul-betul layak untuk menjadi seorang ketua pasukan sebab tugas ini bukannya mudah, dia akan mengendalikan keseluruhan pemain-pemain supaya dapat menjadi contoh dan sebagainya.
Skuad Sang Saka Biru meneruskan sesi latihan pra-musim selepas mengadakan siri kunjungan ke Bangkok, minggu lalu.
Mereka harungi tiga aksi persahabatan di sana termasuk menentang bekas juara Liga Perdana Thailand, Bangkok Glass.
Secara keseluruhan Fauzi berpuas hati dengan kombinasi yang dicubanya sepanjang seminggu di sana.
"Alhamdulillah kombinasi semakin baik antara pemain senior dan yang muda-muda dan beberapa kombinasi telah saya cuba dan insyallah menjelang sepak mula, kombinasi-kombinasi ini mungkin akan lebih menyerlah. Semuanya berjalan lancar, tak ada masalah untuk semua players untuk bersaing secara positif antara satu sama lain.
Sumber : stadiumastro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan