Rabu, 27 Januari 2016

Pengorbanan The Fighters

Jurulatih Felda United, Irfan Bakti Abu Salim mengingatkan anak buahnya agar memperkuatkan mental dan fizikal kerana bakal mengharungi jadual perjalanan yang sibuk musim ini.

The Fighters akan beraksi di Stadium Tun Abdul Razak di Jengka, Pahang sebagai venue tuan rumah musim ini.

Tetap menjalani latihan di Bangi, skuad Felda dijadual tiba di Jengka tiga hari sebelum perlawanan berlangsung.

Begitupun, situasi itu tampak menyukarkan pergerakan skuad bimbingan Irfan Bakti kerana setiap perlawanan ibarat aksi di tempat lawan.

"Saya rasa permulaan nanti akan ada sedikit kepenatan. Tapi selepas liga nanti tiada masalah lagi kerana kami menganggap semua perlawanan adalah di tempat lawan," kata jurulatih berpengalaman itu.

Selain faktor perjalanan, satu lagi kesukaran yang akan dialami pemain Felda adalah keadaan padang rumput tiruan di stadium berkenaan.

Lantas, Irfan mahu pemainnya segera menyesuaikan diri walaupun pasukan lawan akan berdepan dengan masalah yang sama.

"Kami akan menggunakan kelebihan berlatih di padang tersebut dua hari sebelum setiap kali bermain di Jengka dan ia tidak akan masalah."

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget