Pengendali Kuala Lumpur, Ismail Zakaria berkata, pihaknya sudah pun mengadakan perbincangan dengan pemain berkenaan.
"Memang betul kita adakan perbincangan, banyak perkara perlu diperhalusi kerana beliau masih belum cergas sepenuhnya.
"Semua ini perlu diambil kira, cuma apa yang boleh saya katakan keputusan sama ada khidmatnya bersama pasukan diperlukan atau tidak hanya diketahui Khamis nanti," katanya.
Skuad Warga Kota sudah mengikat beberapa pemain berpengalaman antaranya Azlan Zainal dan Helmi Remeli (Terengganu), Fadhil Hashim (PDRM) dan Fakhrul Razi (Sime Darby).
Mengulas persembahan pasukan pada aksi persahabatan, Ismail mengakui masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki.
"Keserasian belum sepenuhnya, begitu juga pertahanan dan jentera serangan yang kita percaya ia mampu diatasi sebelum saingan bermula," katanya yang ditemui pada seisi latihan di Pusat Latihan Petronas Bandar Baru Bangi.
Sumber : sinar harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan