Isnin, 25 Januari 2016

Surat rayuan dihantar KLFA kepada FAM

Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) tidak akan lepaskan tiga pemain mudanya iaitu R. Kogileswaran, R.Dinesh dan Mohd Hafiy Haikal ke pasukan lain dengan cara mudah tanpa lalui proses undang-undang.

Setiausaha agungnya, Nokman Mustaffa, jelaskan mereka telah hantar surat aduan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia pada 11 Januari lalu berhubung isu berkenaan.

Semuanya gara-gara sikap membisu Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) yang langsung tidak beri maklum balas mengenai alasan sebenar Kogileswaran dan Dinesh tidak pulang melapor diri.

Seorang lagi pemain, Hafiy Haikal yang ke JDTII, melalui majikannya, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) ada meminta sijil perpindahan negeri (SPN) namun KLFA tetap mahu bawa perkara itu ke jawatankuasa status.

"Kita telah membangunkan para pemain ini, terpulang kepada FAM untuk menangani masalah ini selepas kami telah menghantar rayuan kepada mereka.

Tindakan KLFA beri mesej jelas kepada persatuan negeri atau kelab lain bahawa jangan sama sekali perlekehkan mereka pada masa akan datang.

Bagi Nokman, kes libatkan Ahmad Hazwan Bakri ke Selangor pada 2013 beri mereka pengajaran berguna untuk bersikap tegas.

Dalam pada itu, Kogileswaran serahkan sepenuhnya kepada pbnp untuk selesaikan isu terbabit biarpun ada simpan rasa terkilan atas tindakan KLFA.

"Saya akan berikan kepercayaan kepada PBNP untuk selesai perkara ini dengan KLFA kerana saya mahu fokus dengan karier saya.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget