Isnin, 25 Januari 2016

Kelantan tunggu FAM selesai kes Syahrul Azwari

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) hanya menunggu panggilan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menyelesaikan kes berhubung bekas penyerang Harimau Muda, Syahrul Azwari Ibrahim yang mengikat kontrak bersama Sarawak bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Ismail Md Noor berkata, pihaknya bersedia untuk tampil memberi keterangan pada prosiding yang akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Status Pemain badan induk bola sepak kebangsaan itu.

 “Kita mengemukakan afidavit seperti diminta oleh FAM untuk dinilai oleh Jawatankuasa Status itu.

 “Dalam afidavit itu, kita kemukakan sembilan bukti bertulis kepada jawatankuasa berkenaan untuk dinilai sebelum mereka membuat keputusan,” katanya.

Sumber : sinar harian

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget