Isnin, 25 Januari 2016

Azidan benar-benar tersepit

Hampir sertai Selangor satu ketika namun hajat Azidan terbantut bila pihak pengurusan melihat dia masih belum pulih daripada kecederaan.

Situasi itu letakkan Azidan benar-benar tersepit kerana dia sanggup tolak tawaran beberapa pasukan lain sepanjang adakan latihan di Selangor.

Semuanya disebabkan dia yakin The Red Giants dikendali bekas jurulatih pahang, Zainal Abidin Hassan akan gunakan khidmatnya.

“Setakat ini masih tiada sebarang surat hitam putih yang mengatakan Selangor mahu atau tidak mahukan saya jadi saya terpaksa tunggu sedikit untuk jawapan itu. Tetapi sekiranya hasrat saya tidak kesampaian, saya terpaksa lupakan Selangor.

“Susah untuk saya cakap kerana pelbagai masalah boleh timbul di saat-saat akhir. Kadang-kadang ada pasukan, kadang-kadang tidak,” kata Azidan.

Mahu lupakan terus Selangor, Azidan akui dia sanggup terima mana-mana pasukan yang serius mahu dapatkan khidmatnya.

Di kala usia 29 tahun, Azidan sedia bertindak sebagai pembimbing pemain-pemain muda dalam mana-mana pasukan.

“Sekiranya ada pasukan Liga Super mahupun Liga Perdana yang serius mahukan khidmat saya, saya tidak kisah kerana saya sedia berkhidmat untuk mana-mana pasukan,” tambahnya.

Alami kecederaan kecederaan ligamen lutut pada penghujung Julai tahun lalu, Azidan dijangka pulih sepenuhnya pada bulan Mac ini.

Pemain berusia 30 tahun ini mencetak kenangan manis bersama Pahang pada tahun 2014 apabila membantu pasukan menjuarai 3 piala iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Malaysia.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget