Walaupun ceritanya mengambil masa tiga hari, kontroversi yang melanda pemain berusia 25 tahun dari Kota Damansara itu memberi impak besar kepada bola sepak tanahair khususnya penyokong Merah Kuning.
Tidak perlu diceritakan lagi, kronologi isu penghijrahan Azrif sudah ramai yang tahu dengan akhirnya bekas pemain PKNS FC dan Harimau Muda itu kempunan menyertai Johor Darul Takzim kerana tidak dilepaskan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor FAS dan JDT membatalkan hasrat untuk mendapatkan khidmatnya.
Azrif juga sudah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyokong Selangor di atas perbuatannya itu dan kini menagih sokongan semua pihak untuk mengembalikan semangatnya untuk beraksi cemerlang musim ini.
Sebelum permohonan maaf itu dibuat, penulis berkesempatan bertemu seorang penyokong setia Selangor ketika sesi latihan pasukan itu di Stadium Mini Shah Alam.
Dalam hal ini, beliau yang enggan namanya didedahkan tidak menyalahkan seratus-peratus pada Azrif sebaliknya berasakan tindakan pemain itu disebabkan beberapa faktor.
"Tipulah dia (Azrif) mahu ke JDT bukan sebab gaji, gaji mesti tinggi tetapi perkara lain yang saya lihat mendorongnya untuk berhijrah adalah status JDT itu sendiri. Bukan sahaja berada di kalangan pemain terbaik di Malaysia malah layanan profesional juga diberikan seperti kelab-kelab ternama di dunia.
"Pengalaman itu boleh dapat di JDT, tidak perlu ke Eropah jadi siapa tidak mahu ke JDT ?" seloroh penyokong itu.
Begitupun penulis tetap dengan pendirian bahawa Azrif tetap bersalah dalam isu ini kerana seolah tidak menghormati kontrak dan pasukannya Selangor.
Kesimpulannya, pemain perlu peka perihal kontrak masing-masing kerana tersalah langkah ia akan menjerat karier dan masa depan dan mana-mana pengurusan pasukan juga harus bijak menjaga kebajikan pemain agar tiada lagi isu pemain mahu cabut ke pasukan lain selepas ini.
Sumber : stadiumastro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan