Pelantikan bekas penyerang kebangsaan itu tersebar di laman sosial Facebook dan aplikasi Whatapps dengan mendakwa dia bakal menggantikan penyandang jawatan yang juga Timbalan Presiden PBSNT, Marzuki Sulong.
Setiausaha Agung PBSNT, Arpin Draman, berkata pihaknya tidak tahu mengenai perkara itu, malah menyifatkan penyebaran berita berkenaan sebagai tidak benar.
Bagaimanapun, katanya, pihaknya mengakui sebelum ini ada mengadakan pertemuan dengan penyerang kelahiran Setiu, Terengganu itu, namun hanya membincangkan mengenai penajaan air mineral kepada skuad Penyu, musim ini.
"Apa yang boleh saya sahkan, Hairuddin hanya mahu menaja air mineral kepada pasukan Terengganu untuk saingan Liga M musim ini dan tidak pernah membincangkan mengenai berita yang tersebar itu.
"Jadi, saya sifatkan penyebaran berita pelantikan Hairuddin sebagai pengurus pasukan Terengganu yang baharu adalah tidak masuk akal kerana dia masih lagi beraksi dengan sebuah pasukan sebagai pemain," katanya.
Arpin berkata, pihaknya berharap isu yang timbul itu tidak memberi kesan kepada persiapan pasukan bimbingan ketua jurulatih, Ahmad Yusof. Katanya, skuad Penyu kini memerlukan sokongan moral daripada penyokong bagi mengharungi Liga M yang bakal membuka tirai, bulan depan.
"Pada musim ini, kita akan berusaha untuk melakukan yang terbaik demi semua pihak terutama penyokong Terengganu.
"Justeru, kita berasakan penyebaran berita yang tidak benar boleh menjatuhkan moral pasukan," katanya.
Sumber : bharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan