Ahad, 20 Disember 2015

Annuar Musa kembali persoal FAM

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa terus mempersoalkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung peraturan membabitkan status pemain Harimau Muda yang akan menyertai pasukan tempatan.

Selepas 'berebut' Ferris Danial Mat Nasir dengan FELDA United FC pada awal musim lalu, kali ini beliau menimbulkan persoalan sama membabitkan penyertaan Syahrul Azwari Ibrahim bersama Sarawak untuk saingan musim depan.

"FAM...mengapa perkara sebegini masih boleh berulang? Tahun lalu isu Ferris Daniel yang akhirnya FELDA terpaksa membayar kepada KAFA untuk mengelak kes dibicarakan.

"Kali ini Syahrul Azwari dan Sarawak membelakangkan KAFA dengan mengikat pemain yang dikembalikan ke pasukan negeri. "Apa peraturan sebenar? Sampai bila keadaan begini nak berterusan?" soalnya dalam kenyataan menerusi akaun laman sosial Facebook miliknya.

"Tidakkah persatuan boleh digantung dari menandatangani pemain dan pemain sebegini boleh digantung dari liga kerana tidak mematuhi peraturan?"

Skuad Bujang Senang kelmarin mengumumkan penyertaan Syahrul Azwari bersama enam lagi pemain baharu termasuk bekas import Kelantan, Gilmar Jose Da Silva. Selain Da Silva dan Syahrul Azwari, Sarawak turut mengikat bekas import FELDA, Makeche Ndumba serta tiga pemain tempatan iaitu Mohd Shahril Saari (T-Team), Mohd Akmal Mohd Noor (NS Matrix) dan Gurusamy Govandar Kandasamy (Selangor).

Sumber : bharian.

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget