Ahad, 20 Disember 2015

Bekas ketua jurulatih Brisbane Roar sertai Terengganu

Hari ini Terengganu mengumumkan Mike Mulvey akan menyertai skuad Terengganu untuk musim 2016 sebagai penolong kepada ketua jurulatih, Ahmad Yusof.

Bekas ketua jurulatih Brisbane Roar dan Sabah itu menandatangani kontrak untuk semusim dan akan memulakan tugas beliau secara rasmi hari ini.

Menurut Mike dia berasa bersemangat untuk memulakan tugas beliau kerana dari pemerhatian yang dilakukan sejak tiba beberapa hari lepas, skuad Terengganu mempunyai ramai pemain yang berbakat.

Beliau berharap untuk memupuk kerjasama yang baik bersama dengan Ahmad Yusof dalam membentuk skuad yang mantap untuk memberi cabaran dalam saingan Liga Malaysia 2016 nanti.

Ahmad Yusof pula menyambut baik kedatangan Mulvey sebagai penolongnya dan beliau percaya pengalaman dan pengetahuan jurulatih yang berasal dari Manchester itu akan membantu beliau membentuk pasukan yang baik untuk musim hadapan.

Sumber : terengganufa.my

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget