Sabtu, 19 Disember 2015

Pengiktirafan hanya ingin jaga hati pihak tertentu : TMJ

Di sebalik kejayaan JDT mendominasi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015, Penaung diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim melihatnya dari perspektif lain.

Tengku Mahkota Johor itu sebaliknya enggan mengiktirafkan anugerah tersebut.

"Sudah tentu (bangga). Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang, tetapi saya tidak mengambil serius anugerah ini, kerana dilihat dipengaruhi politik.

"Sepatutnya pengiktirafan diberikan kepada yang layak, bukan untuk menjaga hati pihak-pihak tertentu," katanya dalam satu temuramah yang disiarkan di Facebook Johor The Southern Tigers, hari ini.

Malam tadi JDT mengungguli lapan daripada 17 kategori Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015 selepas mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang musim ini.

Antara kategori yang dimenangi JDT ialah pemain paling bernilai, jurulatih terbaik, penyerang terbaik, pemain tengah terbaik, penjaga gol terbaik dan pemain asing terbaik.

Selain itu, juara piala AFC 2015 itu turut menggunguli kategori anugerah khas.

Menurut Tunku Ismail, pencalonan untuk anugerah tersebut sepatutnya untuk pihak yang membuktikan kemampuan pencapaian masing-masing.

"Semasa saya dimaklumkan pihak FAM berkenaan pencalonan, saya tertawa sendiri. Bagi saya, sekiranya hendak mencalonkan anugerah jurulatih terbaik, pilihlah yang mempunyai pencapaian seperti Mario Gomez (jurulatih JDT), Mehmet Durakovic (Selangor) dan Tan Cheng Hoe (Kedah).

"Mengapa calonkan Zainal (Abidin Hassan) yang tiada sebarang pencapaian untuk tahun ini?" soal beliau.

Selain itu TMJ turut mempersoalkan keputusan anugerah tersebut yang memilih Pahang sebagai penerima anugerah kategori penyokong terbaik.

"Mengapa Pahang yang menerimanya, sedangkan stadium mereka tidak sentiasa penuh, seperti di Larkin juga yang kadangkala tidak penuh?

"Bagi saya, yang layak menerima anugerah tersebut adalah penyokong Kedah, kerana stadium mereka sentiasa penuh dari awal hingga ke akhir tahun.

"Berkenaan hal ini pun, saya telah memberikan nasihat kepada FAM, tetapi apakan daya, nasihat saya bukan boleh mengisi kocek sesiapa pun," jelas beliau.

Sumber : FB JST

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget