Rabu, 16 Disember 2015

8 pemain digugur Felda United

Setiausaha agung Felda United Zulkarnain Muhammad mengesahkan lapan pemain utama The Fighters termasuk pertahanan import Bojan Milandinovic digugurkan menjelang saingan Liga Malaysia 2016.

Milandinovic tidak ditawarkan kontrak baru selepas semusim berkhidmat dengan Felda United.

Ini susulan prestasi buruk bahagian pertahanan sepanjang musim ini termasuk dalam kempen Piala Malaysia.

Pasukan berstatus kelab ini turut tidak menyambung kontrak beberapa pemain utama lain.

Antaranya Indra Putra Mahayuddin, Nasriq Baharom, Fauzan Zulkifli dan Rashid Aya setelah kehilangan Ndumba Makeche dan Shahrulnizam Mustapa.

“Kita ambil keputusan untuk menggugurkan 8 pemain tetapi kami telahpun membawa masuk sebanyak 6 pemain daripada skuad Piala Presiden untuk menghadapi cabaran Liga Malaysia tahun depan” kata Zulkarnain.

Pemain import dari Brazil dan Uzbekistan kini berada dalam radar Felda United bagi mengisi kekosongan Milandinovic dan Makeche.

“Kita ke Brazil untuk menilai prestasi pemain yang telahpun disenarai pendekkan oleh ejen dan kami kini dalam proses menandatangani kontrak” tambahnya.

Zulkarnain turut mengesahkan Ahmad Syamim Yahya kekal bersama The Fighters sekaligus menafikan spekulasi pemain sayap itu berhijrah ke Pahang.

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget