Skuad Ngap Sayot sedang bertungkus lumus mempersiapkan pasukan untuk saingan 2016.
Bakal dibimbing bekas jurulatih negara Datuk K. Rajagobal, beberapa pemain ternama dikaitkan menyertai pasukan ini.
Antaranya bekas penyerang import Kelantan, Gilmar Da Silva dan bekas penyerang import Felda United Ndumba Makeche bagi mengisi ruang yang ditinggalkan Ryan Griffiths dan Billy Mehmet.
Gilmar difahamkan sudah menandatangani kontrak bersama pasukan ini di Kuching pada Selasa.
"Kami merancang untuk menyediakan pasukan dari segi fizikal dan mental supaya dapat mengharungi Liga Super 2016 nanti dalam persediaan realistik.
"Kami menumpu kepada perbelanajaan berhemat dan memastikan bola sepak negeri dapat digabung dengan persediaan semasa dan perancangan pembangunan masa hadapan," kata Setiausaha Agung FAS, Abdullah Julaihi.
Pemain dari Brazil itu turut ditemani bekas pemain Selangor, K. Gurusamy, bekas penjaga gol T-Team Shahrul Shaari dan bekas pemain Harimau Muda Syahrul Azwari Ibrahim serta Mohd Akmal.
Majlis rasmi memperkenalkan pemain Sarawak akan diadakan di Kuching pada Sabtu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan