Khamis, 17 Disember 2015

Brendan Gan, Nazmi Faiz tidak sertai JDT


Memetik kenyataan dari laman rasmi facebook Johor Southern Tigers, Kapten Mohd Fahmy Bin Yahya selaku Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor berkata , "Kepada semua penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim, usah percaya kepada khabar angin yang disebarkan melalui laman-laman tidak rasmi dan juga laman pasukan lain tentang pemain baru pasukan Harimau Selatan.

Mohd Fahmy juga mengesahkan bahawa, "Untuk musim 2016, hanya Azamuddin Akil, seorang lagi pemain tempatan untuk posisi sayap kiri dan seorang pemain import sahaja yang telah disahkan menyertai pasukan JDT".

Oleh itu Mohd Fahmy meminta para penyokong jangan mempercayai khabar angin mengenai pemain lain seperti Brendan Gan, Nazmi Faiz adalah tidak tepat sama sekali.

Setiausaha Kehormat JDT tesebut meminta semua pihak merujuk sebarang kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan oleh laman rasmi pasukan JDT iaitu JOHOR Southern Tigers.

Sumber : facebook Johor Southern Tigers

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget