Ahad, 19 Februari 2017

Tunggakan gaji bukan penyebab kekalahan Kelantan

Tunggakan gaji bukan penyebab kekalahan Kelantan kepada Kedah dalam saingan Liga Super di Stadium Muhammad IV malam Sabtu, kata pemain pertahanan Kelantan Nor Hafiz Zamani Misbah.

Beliau berkata kekalahan itu berikutan kesilapan yang dilakukan oleh pemain dan tiada kena-mengena dengan isu tunggakan gaji.

"Pasal masalah gaji saya tidak mahu komen apa-apa, masalah itu biar pihak pengurusan menguruskannya. Sebagai pemain kami perlu memberikan tumpuan kepada setiap perlawanan dan bersikap profesional," katanya ketika ditemui pemberita malam Sabtu.

Lazada Malaysia
Pada Sabtu, akhbar melaporkan pemain Kelantan tidak dibayar gaji selama tiga bulan sejak November hingga Januari lepas.

Pada perlawanan malam Sabtu, Kedah menang tipis 1-0 ke atas Kelantan selepas jaringan tunggal kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-81 menerusi sepakan penalti cukup untuk skuad Helang Merah meraih tiga mata berharga.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Kelantan Zahasmi Ismail berkata kehilangan dua penyerang import iaitu Mohammed Ghaddar yang tidak dapat diturunkan akibat cedera nyata memberi kesan kepada perancangan awal pasukan itu.

"Selain itu, penyerang import iaitu Alessandro Padovani Celin yang dikeluarkan akibat kecederaan pada minit ke-28 turut memberi kesan kepada posisi terbabit.

"Saya terpaksa menggunakan penyerang muda tempatan iaitu Muhammad Danial Ashraf Abdullah walaupun pemain ini kurang pengalaman," katanya.

Sumber : mstar


Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget