Selasa, 21 Februari 2017

B Sathianathan diumum jurulath Felda United

Pengumuman itu mengesahkan laporan bahawa pengendali berusia 58 tahun itu menjadi calon pilihan membimbing The Fighters.

Bekas jurulatih kebangsaan B Sathianathan berharap dapat mengendalikan pasukan bagi perlawanan pertama FELDA United menentang Tampines Rovers pada aksi Piala AFC di Stadium Jalan Besar, malam ini.

Beliau tidak mahu menunggu lama untuk bersama pasukan selepas menandatangani kontrak semalam hingga Disember ini bagi menggantikan Azmi Mohamed yang meletakkan jawatan 10 Februari lalu.

Lazada Malaysia
Sathianathan, yang pernah mengemudi Kelantan menjuarai Piala Malaysia 2010 dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merangkul gelaran Liga Perdana 2012 berharap untuk membimbing pasukan bagi perlawanan hari ini jika urusan pendaftarannya selesai.

“Saya baru saja menandatangani kontrak bersama FELDA United hari ini (semalam) dan saya berterima kasih kepada pihak pengurusan kerana memberi kepercayaan kepada saya. Saya akan terus ke Singapura esok (hari ini) dan saya harap mendapat kebenaran daripada AFC untuk bersama pemain di padang pada perlawanan itu nanti.

“Sudah 18 bulan saya tidak melatih pasukan dan saya tak sabar untuk kembali. Ia tugas berat untuk saya tapi saya percaya, FELDA United mampu kembali bangkit selepas ini.

“Kami mempunyai pemain yang bagus, cuma ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki. Saya berharap dapat diberikan masa dan mendapat kerjasama semua pemain,” katanya semalam.

Sumber : hmetro


Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget