Bagi Annuar, lebih elok pemilihan jawatan tertinggi bola sepak negara itu membabitkan dirinya dan Tunku Ismail dibuat dalam suasana harmoni demi kebaikan bola sepak negara.
Tanpa mahu menjelaskan secara terperinci apa yang akan dibincang jika pertemuan dengan Tunku Ismail itu diadakan, Ahli Parlimen Ketereh itu sebaliknya mahu semua pihak menghormati proses pemilihan ini.
"Ini tidak harus dipolitikkan. Selepas pemilihan semua pihak kena buat kerja. (Pemilihan) ini bukan nak rebut siapa yang bertanding (jawatan Presiden FAM).
Maka elok kita adakan dalam suasana harmoni dan lepas pemilihan kita kena duduk dan bincang bersama.
"Saya cuba untuk tidak terlalu banyak mengulas mengenai pertandingan ini. Kita ada 39 ahli gabungan yang akan membuat keputusan nanti. Semua wakil gabungan ini mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak.
Sudah pasti dalam hati mereka sudah ada gambaran (siapa yang akan dipilih nanti)," katanya. Annuar juga enggan mengulas sama ada beliau akhirnya akan menarik diri daripada bertanding jawatan itu atau tidak, sebaliknya menyatakan masih ada masa sebelum tarikh pemilihan sebenar tiba.
Perebutan jawatan Presiden FAM bulan depan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Annuar yang juga penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Tunku Ismail, pemilik Kelab Johor Darul Takzim (JDT).
Sumber : bharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan