Dollah yang juga bekas jurulatih kebangsaan berkata, misi utama skuad Tok Gajah adalah meraih kemenangan dan mengutip tiga mata di laman sendiri, dan menganggap kemenangan bergaya itu sebagai bonus buat penyokong setia mereka.
Katanya, momentum kemenangan terutama memanfaatkan kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri adalah bukti persefahaman antara pemain semakin baik.
"Cuma pada babak kedua, saya katakan kepada pemain jika mereka mahu lebih (jaringkan gol), mereka perlu lakukannya dan ia menjadi. "Apabila jaringan ketiga diperoleh, saya percaya akan ada tambahan gol dan hasilnya kami menang besar dalam perlawanan ini," katanya.
Mengulas mengenai gol tunggal diperoleh Pulau Pinang, Dollah mengakui faktor kelekaan menyebabkan anak buahnya gagal menyekat lawan daripada membolosi gawang. Katanya, kesilapan itu tidak seharusnya berlaku jika semua pemain, terutama barisan pertahanan mengawal posisi mereka dengan baik.
"Tapi selepas ditegur, pemain memperkemaskan jentera pertahanan pada babak kedua, sekali gus menafikan tambahan jaringan oleh lawan. "Apapun, saya gembira dengan keputusan ini. Selepas kekalahan kepada Kedah, mereka (pemain) kembali bangkit," katanya.
Sumber : bharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan