Ahad, 19 Februari 2017

Kami silap beli pemain : TMJ

Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memohon maaf kepada penyokong pasukan itu, selepas skuad kendalian Benjamin Mora itu tewas buat pertama kali sekali gus memecah rekod 25 perlawanan tanpa kalah Liga Malaysia (Liga M), sejak musim lalu.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Tunku Ismail di laman rasmi JOHOR Southern Tigers selepas skuad Harimau Selatan tewas tipis 2-1 kepada Perak pada aksi liga di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.
Tunku Ismail menegaskan walaupun JDT belum ditewaskan di gelanggang sendiri sejak lima musim lalu, namun kekalahan kepada skuad The Bos Gaurus di laman lawan menyebabkan beliau tampil bertanggungjawab di atas permulaan yang tidak baik pada musim ini.


Lazada Malaysia
 "Bagaimanapun, kami membeli dua pemain yang salah sekali gus menjejaskan persiapan JDT namun ia bersifat sementara kerana kami akan segera memperbaiki menjelang Mei ini dan pada musim depan saya berjanji betapa kita akan dilengkapi pasukan yang sangat kuat, " katanya. Tunku Ismail berkata, wang diutamakan bagi mendapatkan kembali semua perbelanjaan yang dilakukan ketika empat musim lalu dan menstabilkan kewangan kelab berkenaan dan berharap semua penyokong tidak panik.

Katanya, JDT masih mempunyai banyak untuk memperbaiki apa juga kelemahan dan optimis perubahan mampu dilaksanakan bagi meningkatkan mutu permainan dan jelas tidak gusar tatkala ia kekalahan pertama selepas mengharungi 26 perlawanan saingan Liga M tatkala sudah menempuh lima tahun yang hebat.

"Jangan biarkan beberapa kekalahan mengganggu anda. Masanya akan tiba dan saya akan melakukan sedikit perubahan Mei ini dan rombakan besar-besaran penghujung tahun ini. "Ia bukan salah jurulatih. Walaupun mempunyai jurulatih yang bagus, tanpa penyerang yang baik ia sukar bagi pasukan. Tambahan pula penyerang tempatan tampak masih belum mampu menampilkan ketajaman, " katanya.

Tunku Ismail berkata, falsafah JDT berada di landasan tepat namun hanya kesilapan membeli dua pemain import menjejaskan rentak permainan dan beliau sekali lagi memohon maaf kepada penyokong Harimau Selatan sambil mengakui kesilapan dirinya.



Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget