Sabtu, 18 Februari 2017

Selangor benam Felda United di laman sendiri

Selangor berjaya memastikan tiga mata penuh menjadi milik mereka apabila menewaskan Felda United 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang sebentar tadi.

Selangor berada di depan menerusi percubaan pemain import, Victor Astafei pada minit ke-29 dan skuad kendalian P. Maniam itu mengukuhkan kedudukan pada minit ke-43 hasil jaringan Mohd. Raimi Mohd. Nor selepas penjaga gol Felda United, Farizal Harun menepis tendangan penalti Forkey Doe.

Lazada Malaysia
Ketika perlawanan memasuki masa tambahan pada hujung babak pertama, pertahanan Red Giants, Rizal Fahmi Rosid menjadikan kedudukan 3-0. Gol sagu hati pasukan pelawat diperoleh enam minit sebelum tamat perlawanan hasil tandukan Lucas Cano.

Sumber : utusan


Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget