Sekali lagi dua gergasi Malaysia bertemu di aksi Piala FA esok. Namun sayangnya salah satu di antaranya akan mengucapkan selamat tinggal lebih awal. Felda United dan Johor DT kini sedang dalam mempraktikkan perubahan secara taktikal dan teknikal.
REKOD PERTEMUAN DAN AKSI TERAKHIR LIGA KEDUA-DUA PASUKAN
Kedua-dua pasukan telah bertemu sebanyak 11 kali dalam 5 tahun dan Johor DT mencatatkan rekod yang lebih baik dengan 7 kemenangan, 2 seri dan selebihnya pula kekalahan. Kedua-dua perlawanan akan mendatangkan aura mereka tersendiri apabila bertembung sesama mereka.
Rekod aksi terakhir liga kedua-dua pasukan nampak seimbang dengan masing-masing mencatat satu keputusan seri.
Berikut adalah keputusan penuh perlawanan mereka :
JDT 0-0 Selangor, 11 Februari 2017
JDT 3-1 Felda United, 27 Januari 2017
Rekod bagi Felda United agak kurang memuaskan apabila tewas pada perlawanan terakhir mereka di samping mereka kelihatan agak struggle dalam mencari rentak
Felda United 1-2 Kelantan, 11 Februari
Felda United 1-1 Kedah, 4 Februari
TRIO JDT VS 'BACK 4' FELDA UNITED
Benteng pertahanan Felda United pastinya masih sukar untuk melupakan betapa mudahnya pertahanan mereka dirobek oleh trio JDT ketika itu, Cabrerra-Ferreira-Azamuddin. Ditambah dengan kehadiran Gabriel Guerra, pasti menambahkan lagi kerisauan kepada mereka.
Namun difahamkan Gabriel Guerra mengalami kecederaan. Sudah pasti ianya jadi satu kelegaan untuk barisan pertahanan Felda United. Oleh itu bagaimana Felda United mahu mengatasi serangan trio ini?
Pertama, asingkan Ferreira dari serangan JDT. Ini kerana Ferreira akan menjadi target man jika JDT bermain direct football. Ramai mengetahui Ferreira sedikit individualistik jadi ianya bukan satu tugas sukar untuk Shukor Adan menjinakkan pemain seperti itu berdasarkan pengalaman beliau.
Kedua, jangan menggunakan pendekatan 'man-marking'. Ini kerana kebanyakkan pemain hadapan JDT akan menarik seorang demi seorang pemain Felda United untuk membuka ruang pada pemain yang lain.
JDT MASIH GAGAL PERBAIKI ISU DOUBLE PIVOT
Dalam beberapa perlawanan lepas, jelas bahagian enjin JDT begitu naif. Gandingan Safiq dan Amirulhadi jelas lemah dan tidak seimbang. Safiq sudah lama tidak bermain sebagai no.8.
Oleh itu, pastinya sedikit janggal untuk pemain berusia ini bermain di posisi yang sudah lama ditinggalkan. Safiq kelihatan clueless apabila bola di kaki dan sering hantar ke belakang mahupun ke sisi.
Bagaimana seorang pemain no.8 yang neutral dan gemar dengan free role diminta untuk bermain sebagai pemain no.6? Sedangkan di depth squad JDT, mereka memiliki 'powerhouse' iaitu Shakir dan Afiq Fazail. Mora harus berani menurunkan pemain yang berlainan bagi memainkan peranan kembar pivot ini.
PEMAIN TUMPUAN
FELDA UNITED - Hadin Azman
JOHOR DT - Azamuddin Akil
Sumber : gosip bola malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan