Ahad, 12 Februari 2017

Ken Ilso sedang sesuaikan diri

Penyerang import Kedah, Ken Ilso Larsen masih lagi menyesuaikan diri dengan taktikal pasukan tersebut walaupun sudah meledakkan tiga gol pada empat perlawanan Liga Super 2017.

Semalam, peledak baharu Hijau Kuning itu menjaringkan dua gol untuk membantu pasukan menewaskan Pahang 4-1 di Stadium Darul Aman sekaligus meletakkan Kedah di kedudukan teratas liga.

Bagaimanapun, menurut Ken beliau berharap kombinasinya bersama pemain-pemain lain akan terus meningkat bagi memastikan dirinya dapat membantu Kedah terus memenangi setiap perlawanan pada masa hadapan.

"Walaupun berlaku perubahan taktikal di sini berbanding kelab sebelum ini, Home United di Liga Singapura yang bermain dengan corak serangan, bekerjasama dengan jurulatih yang sentiasa positif seperti jurulatih Tan Cheng Hoe juga banyak membantu saya untuk lebih cepat menyesuaikan diri dengan taktikal dan corak permainan pasukan ini," katanya.

Sumber : sinar harian


Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget