Khamis, 16 Februari 2017

Aura JDT mampu ubah skuad kebangsaan

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron percaya Tunku Ismail Sultan Ibrahim mampu membawa perubahan besar dalam skuad Harimau Malaysia dengan membawa aura kejayaan kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) bersamanya.

Katanya untuk maju, skuad negara memerlukan pemimpin seperti Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu yang benar-benar mampu melakukan perubahan setelah sekian lama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerap kali menghampakan peminat.

Lazada Malaysia

Kalau ingin cari pengurus kelab atau jurulatih, kita boleh pilih sesiapa sahaja, namun untuk mendapatkan ketua, kita perlu mencari mereka yang benar-benar berkelayakan bagi menempa kejayaan lebih besar di peringkat antarabangsa," katanya.

Sumber : bernama


Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget