Rabu, 15 Februari 2017

8 pemain yang terkenal dengan sikap MALAS

Brede Hangeland baru-baru ini memberitahu bahawa Emmanuel Adebayor pernah hanya duduk di gym dengan secawan kopi dan sibiji mufin. Di senaraikan beberapa bintang yang kurang aktif.


Oleh : Tim Ellis

1. Zon Masa Alvaro Recoba Tersendiri


Pada 2003, akhbar the Guardian menggelar 'El Chino' sebagai "pemain nombor satu hampir terbaik di dunia". Isteri Recoba juga melabelnya "malas dan romantik", sementara semasa beliau di Venezia, rakan sepasukannya memberikannya seutas jam tangan dengan harapan bahawa satu hari nanti beliau tidak lewat untuk sesi latihan.

Bekas presiden Inter, Massimo Moratti merumuskannya dengan baik apabila beliau berucap tentang pemain kebangsaan Uruguay itu, yang memenangi dua Serie A pada 2006 dan 2007: "Alvaro Recoba sedikit seperti Inter - sentiasa mengejutkan. Kadang-kala beliau malas, tetapi juga mampu melakukan sesuatu yang ramai tidak pernah lihat sebelum ini."

2. Antonio Cassano Tidak Memanaskan Badan


Ditandatangani oleh Roma dengan harga £19m dari Bari pada 2001, menerima gaji sejumlah £83,000 seminggu, Cassano tidak melakukan apa-apa yang lebih di Itali.

Lazada Malaysia


"Tidak berbaloi untuk enam minit," kata penyerang itu selepas diarahkan untuk memanaskan badan oleh pengurus, Fabio Capello sebelum perlawanan Serie A. Cassano juga kerap meninggalkan sesi latihan, menggesa pengurus untuk menggunakan frasa cassanata yang bermaksud - pemain yang tidak bermain untuk pasukannya.


3. Hatem Ben Arfa: No.10 Yang Statik


Pemain kebangsaan Perancis itu menjadi bahan gurauan rakan sepasukannya di Newcastle kerana tidak menurunkan berat badan, masalah yang sama juga berlaku semasa di Hull pada 2014. Apabila ahli statistik kelab menganalisa kadar kerja Ben Arfa, keputusannya tidak begitu positif; Ben Arfa mempertahankan dirinya dengan memberitahu tentang peranannya sebagai seorang pemain No.10, dimana pengurus Steve Bruce membalas: "Bukankah pemain yang memakai No.10 sepatutnya lebih banyak berlari?"

Selepas itu satu video telah mendedahkan pemain tengah itu sedang berpura-pura melakukan senaman tekan tubi di PSG. Unai Emery yang tidak boleh menerima sikap pemainnya itu telah mengecualikannya dari skuad selama empat perlawanan.


4. Lukas Podolski Meninggalkan Rakan-Rakannya


Apabila Podolski meninggalkan Cologne untuk Arsenal pada 2012, bekas jurulatih Jerman, Berti Vogts pantas mengecam Podolski. "Dia mempunyai terlalu ramai rakan di bandar...dia dipuji sebagai pelari yang hebat apabila dia ke belakang untuk bertahan sebanyak tiga kali dalam satu perlawanan," kata Vogts.

Bekas penjaga gol Uli Stein juga setuju, memberitahu bahawa penyerang itu adalah "pemain paling masa dia kenali" dalam satu undian yang diadakan antara bekas-bekas jurulatihnya.
"Saya sentiasa dikeluarkan dan semestinya anda tidak gembira jika anda sentiasa dikeluarkan selepas 60. 70 minit," kata Podolski apabila ditanya tentang kekerapannya digantikan oleh Arsene Wenger di Arsenal.

5. Balotelli Berlalu Dengan Sebuah Segway


Apabila ditanya jika beliau gembira dengan sepakan penalti Mario Balotelli untuk Liverpool menentang Besiktas di Anfield pada 2015, Brendan Rodgers berkata: "Tidak, sebaik sahaja kami mendapat penalti, dia berhenti bekerja. Jadi dia perlu perbaiki diri dari segi itu untuk beraksi dalam posisinya, bukan hanya berdiri di tepi padang."

Semuanya tidak berubah apabila Balotelli dipinjamkan ke Milan. Roberto Maroni, sahabat politik bekas pemilik kelab Silvio Berlusconi, mengkritik penyerang itu selepas aksinya menentang Sassuolo pada 2016: "Balotelli seperti tiada dalam padang, dia perlu pergi. Ia jelas: dia malas dan tidak komit dirinya, berlegar di padang memikirkan hal lain."

Penyerang itu sebelum ini dilihat berlegar di sekitar Trafford Centre semasa di England, dengan membeli sebuah segway kerana letih berjalan.


6. Romario Terbang Ke Rio Selepas Tampil Selama 20 Minit


Apabila Sir Bobby Robson tiba di PSV selepas Italia 90, beliau sedar tahap kebencian Romario terhadap sesi latihan.

"Ada hari di mana dia sangat malas," kata bekas pengurus England itu. "Dia akan menari, bercakap, bertemu dengan wanita di kawasan itu dan kemudian tidur sepanjang hari kerana mahu merasa segar untuk perlawanan."

Di Barcelona pada 1994, pemain Brazil itu bertanya kepada Johan Cruyff jika dia boleh bercuti selama dua hari untuk menghadiri karnival di Rio. Pengurus itu memberitahunya bawaha dia hanya dibenarkan untuk pergi jika dia menjaringkan dua gol keesokannya. Romario berjaya menjaringkan dua gol selepas hanya 20 minit, sebelum bergegas ke lapangan terbang selepas sejam perlawanan tamat.

7. Kanu Bermain Sehingga Umur 50?


Bekas pemain Arsenal yang lincah ini mempunyai gaya bermain yang lesu, tetapi itu tidak bermakna dia bukan seorang pemalas: dalam satu perlawanan bersama Portsmouth, penyerang itu didapati telah melakukan larian yang lebih sedikit dari David James.

"Saya rasa dia akan bermain sehingga berusia 51," kata pengurus Avram Grant selepas kemenangan ke atas Hull pada 2010. "Lihat Kanu, dia tidak berlari sepantas dahulu dan fizikalnya juga telah berubah. Dia sudah berusia, tetapi dia sangat bijak."

8. Riquelme, Ahli Magis Yang Malas


Adil untuk mengatakan bahawa Riquelme dimanjakan oleh Villlareal, yang tutup sebelah mata apabila dia mengalami kecederaan misteri, enggan berlatih atau membawa segerombolan rakan-rakan ke Sepanyol.

Selepas menghadiri kelahiran anak lelakinya di Argentina, dia meminta maaf selepas pulang. Ia satu langkah yang melampau, apabila president Fernando Roig memarahinya: "Dia mesti mematuhi peraturan kelab dan menjalankan tanggungjawabnya - jika tidak dia akan mendapat masalah dari saya."

Musuh utama Riquelme adalah Louis van Gaal di Barcelona. "Anda adalah pemain terbaik apabila anda memegang bola, tetapi jika tidak, ia seperti kami kurang seorang pemain," katanya kepada Riquelme. "Mengapa saya perlu berlari jika bola itu boleh berlari sendiri?" kata Riquelme.

Sumber : fourfortwo


Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget