Rabu, 15 Februari 2017

Annuar Musa berhasrat untuk 'bertenang'

Calon bagi jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa berhasrat untuk 'bertenang' daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pemilihan tersebut.

Pemilihan jawatankuasa baharu badan induk bola sepak negara bagi penggal 2017-2021 akan diadakan semasa Kongres FAM ke-53 pada 25 Mac ini.

Annuar dalam entri Facebooknya berkata tempoh 'bertenang' itu bagi memastikan keharmonian suasana pemilihan terjamin daripada sebarang rasuah dan seterusnya melahirkan keadaan harmonis, bersih, berintegriti, terbuka dan penuh semangat kesukanan.

Pemilihan untuk jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal menyaksikan persaingan sengit diantara Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

Pemilihan FAM akan diadakan pada Kongres FAM ke-53 pada 25 Mac ini.


Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget