Ahad, 29 Januari 2017

Khairul Fahmi palign popular di media sosial

Melalui pemerhatian di laman-laman media sosial pemain bola sepak Malaysia, Khairul Fahmi antara pemain bola sepak Malaysia yang paling aktif dan popular di instagram dengan jumlah pengikut mencapai 413 ribu  (follower) dan kerap mengemaskini status di instagramnya.

Sejak membantu menyelamatkan dua sepakan penalti dalam perlawanan akhir Sukan SEA 2011 iaitu ketika menentang Indonesia selepas perlawanan terikat 1-1 sehingga tamat perlawanan. Beliau berjaya membantu Malaysia menang 4-3 dan berjaya dinobatkan sebagai juara kali kedua berturut-turus. Pada ketika inilah nama beliau mula melonjak naik bersama pasukan kebangsaan dan pasukan Kelantan.

Selain itu, beliau juga turut terpalit kisah putus cinta sepertimana gosip-gosip artis sehinggakan beliau kerap mendapat jemputan untuk ditemuramah oleh  media cetak  dan tv tempatan. Beliau turut mendapat tawaran menjadi model iklan 100 plus, PUMA, majalah dan beberapa produk lain lagi. Kehebatan dan kekacakan pemain ini antara penarik yang menarik minat ramai peminat wanita untuk mengikuti perkembangan semasanya hingga kini.


Kehadiran Nur Eilunie Natasha Jaafar dalam hidupnya menambahkan lagi kebahagian hidup Khairul Fahmi dan kini pasangan ini dianugerahkan dua cahaya mata Kayla Elayna dan Khaleel Emir.

Pemain ini masih menjadi pilihan utama penjaga gol Kelantan dan kebangsaan, jika dilihat prestasi semasa pemain ini masih mampu menggalas misi gawang gol utama pasukan kebangsaan dan Kelantan meskipun beliau mula dicabar barisan penjaga gol muda yang tidak kurang hebatnya.

Berikut adalah pencapaian Khairul Fahmi Che Mat sepanjang kariernya:-

Pasukan Kelantan:Malaysia Cup (2) : 2010, 2012Sultan Haji Ahmad Shah Cup (Charity Shield Malaysia) (1) : 2011Malaysia Super League (2) : 2011, 2012FA Cup (2) : 2012, 2013 Runner-up 2015

Peringkat Antarabangsa:

AFF Suzuki Cup: Winners: 2010 / Runner Up : 20142011 Southeast Asian Games – Football: Gold Medal: 2011

Pencapaian individu:

Best Young Players:2010Best Goalkeepers FAM/SAM: 2010, 2011, 2012, 2013,2016Goal.com Asian Under-23 Best XI for 2011Goal.com readers' Asian Best XI of 2011Goal.com readers' Asian Best Goalkeeper of 2011

Sumber : gawangdotmy

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget