Pengerusi KEPDA Nor Asmadi Hamzah menegaskan sudah sampai masanya Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengambil langkah berani merehatkan Cheng Hoe untuk beberapa perlawanan bagi memastikan prestasi skuad Helang Merah tidak terus merudum.
“Kalau kita lihat carta Liga Super dan Piala Malaysia, mungkin ramai menganggap desakan kami tidak masuk akal kerana Kedah berada di tangga keempat liga dan menerajui Kumpulan A dalam saingan Piala Malaysia.
“Namun KEPDA menilai keseluruhan persembahan Kedah dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini dan mendapati prestasi yang tidak konsisten dan terumbang-ambing.
“Kami bimbang, jika inilah corak permainan sepanjang baki Liga Super dan Piala Malaysia, tidak mustahil Kedah akan gagal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan