Rabu, 27 Julai 2016

Tunku Tun Aminah dilantik sebagai Presiden Kelab Bolasepak JDT

Puteri Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dilantik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (Johor DT).

Pengumuman terbaru itu dimaklumkan menerusi laman sosial Facebook (FB) Johor Southern Tigers , hari ini.

"YAM Tunku Aminah Binti Sultan Ibrahim dilantik oleh DYAM Brigedier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sebagai Presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim," katanya dalam kenyataan di laman sosial itu.

Sebelum ini, Tunku Ismail Sultan Ibrahim secara rasminya menjadi pemilik pasukan Johor DT bagi musim ini.

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget