“Ada beberapa perkara yang saya tidak berpuas hati tetapi Alhamdulillah saya nampak kesungguhan dan karektor pemain. Cuma sedikit kesilapan teknikal yang terpaksa kami selalu perbetulkan kerana saya tahu beberapa kesukaran akan wujud dan kesilapan itu berlaku kerana kecuaian.
“Terengganu pasukan yang bagus, saya tahu mereka ada pemain-pemain yang berkaliber. Malah, dari dahulu kami tidak pernah ambil ringan dengan apa-apa yang terjadi dengan pasukan lawan.
“Apa yang penting, pasukan saya lebih konsisten. Itu yang saya risaukan di mana momentum tak pernah sampai pada satu tempoh yang kami kehendaki.
“Kami bermain baik dalam satu perlawanan, namun agak kurang menjadi pada perlawanan seterusnya, itu yang saya risaukan.
Perlawanan malam tadi berjaya dikuasai PDRM, terutama pada separuh masa pertama, dengan beberapa percubaan ketua pasukan, Muhd Safuwan Baharuddin, Guilherme de Paula dan Rocha da Silva Andre , sering kali mengkucar-kacirkan barisan pertahanan tuan rumah.
Terengganu, bagaimanapun, terus gugup dan gagal meningkatkan persembahan pada babak kedua lalu PDRM berjaya mengambil kesempatan itu dengan dua jaringan Muhd Safuwan pada minit ke-58 dan Guilherme pada minit ke-66.
“Walaupun pemain-pemain nampak keletihan, mereka menunjukkan komitmen dan berusaha untuk menang kerana semalam masing-masing tahu kedudukan pasukan berada di zon penyingkiran, jadi mereka lebih bersungguh-sungguh.
“Separuh masa pertama kami menguasai perlawanan, namun gagal mendapatkan gol, terkena tiang, dihalang dan sebagainya tetapi akhirnya apabila mendapat peluang, Safuwan (Baharuddin) yang ada kelebihan dari aspek tersebut memanfaatkan peluang dan dibantu oleh (Guilherme) de Paula yang turut beraksi dengan baik.
“Kami perlu mencari formula untuk penggiliran pemain supaya semua mendapat rehat yang cukup. Pemain-pemain agak agresif pada separuh masa pertama, dalam separuh masa kedua kami agak keletihan."
Berkongsi 17 mata bersama Kelantan dan Perak, PDRM kini melonjak dari tangga ke-11 ke tangga ketujuh dan pengendali PDRM itu optimis pasukannya mampu mencapai kedudukan lebih baik dalam liga.
“PDRM sudah mencapai kedudukan di pertengahan liga dan tidak mustahil untuk berada pada empat atau lima pasukan teratas, namun pemain-pemain perlu konsisten dari satu perlawanan ke satu perlawanan berikutnya,” tambahnya.
Sumber : stadiumastro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan