Pengendalinya Rachmad Darmawan berkata faktor itu menyebabkan anak didiknya gagal mempamerkan aksi cemerlang, namun pihaknya sudah menjangkakan masalah itu kerana pemain tidak mendapatkan rehat yang cukup selepas beraksi menentang Kedah, Sabtu lepas.
"Kita hanya ada dua hari untuk pulihkan tenaga dan kecederaan sebelum beraksi menentang Sarawak, berbanding pasukan lawan yang mempunyai kelebihan rehat sehari berbanding kita.
"Pemain tidak dapat memberi fokus sepenuhnya selain dua perlawanan berdepan Kedah dan Sarawak malam tadi dalam keadaan hujan," katanya kepada pemberita.
Pada perlawanan berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu, skuad Bujang Senang menundukkan T-Team 2-1.
Sumber : sinar harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan